was successfully added to your cart.

Cart

Matlamat jangka panjang untuk menawarkan produk usahawan sosial yang berkualiti tinggi dan membawa nama Malaysia ke luar negara

By May 14, 2015 March 5th, 2019 News

May 14, 2015 | Wan Nur Ameera Meor Rozman, Bisnes Metro

Kuala Lumpur: MyInitium Sdn Bhd menyasarkan jualan bernilai RM120,000 selepas setahun mewujudkan The Good Shop, platform bagi membantu usahawan sosial (Socent) yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU) menjalankan perniagaan untuk menjana pendapatan.

Pengarahnya, Eena Khalil Lim berkata, inisiatif ini bertujuan menampung misi khas sama ada bantuan sosial, alam sekitar mahupun kebudayaan di mana kutipan daripada setiap hasil jualan akan disalurkan kepada misi di bawah perancangan Socent.

“Pelbagai produk dan barangan elektrik boleh didapati seperti dompet dan sarung kusyen songket Sarawak, buku kanak-kanak, rekaan daripada barangan kitar semula serta campuran jus segar yang dikendalikan individu kurang pendengaran.

“Matlamat jangka panjang kami untuk menjadi peruncit pelbagai jenama bagi mewujud dan menawarkan produk 100 peratus oleh pengusaha Malaysia yang berkualiti tinggi dan membawa nama Malaysia ke luar negara,” katanya kepada Bisnes Metro, semalam.

Sehingga kini, terdapat lima Socent menghasilkan dan menjual pelbagai produk serta rekaan demi menggerakkan bantuan serta sokongan kepada kelompok masing-masing antaranya Tanoti, Juice Station, Magicbird, BijiBiji Initiative dan Batik Boutique.

Menurutnya, pembelian daripada Batik Boutique termasuk alas dan pelapik meja akan disalurkan kepada golongan ibu tunggal berpendapatan rendah bagi mengurangkan beban mereka, sekali gus melaksanakan tanggungjawab sosial.

“Buat masa ini, kami akan mengadakan pameran bergerak di beberapa tempat. The Good Shop akan berada di pusat beli-belah Sunway Pyramid selama tiga bulan bermula hari ini sehingga penghujung Julai,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga merancang untuk membuka sebuah unit kedai dengan anggaran pelaburan kira-kira RM70,000 bagi menempatkan pelbagai produk kreatif berkenaan.

Mengulas perancangan dalam masa lima tahun dari sekarang, beliau berkata, syarikatnya akan berusaha keras untuk membantu Socent menempah nama di pasaran tempatan sebelum membawa perniagaan itu hingga ke peringkat antarabangsa.

– Souce at: http://www.hmetro.com.my/node/51076

Tags: social entrepreneur   socent   thegoodshop

Leave a Reply